Monday, January 13, 2014

Resepi : Kentang Goreng Telur

Lm dh tak update blog rsnye..
Hari ni rasa cam nak cite psl makanan
Huhuhu
Mana tak gemok, cite psl makanan jek
Kang terliur lagi..
Hehehe..
Masakan kali ni biase dulu2 masak time anak dara
Selalu masak ngn housemate sbb lauk ni simple
Tapi kena masak byk la sbb sedap sgt
Puji diri sendiri nmpk
Hehehe


Ni la rupa lauknya.
Kentang Goreng Telur

(Utk hidangan 2-3 org)
Bahan-bahan :
2-3 biji kentang saiz sederhana (kupas & hiris halus2)
3 biji telur
3-4 biji cili api
2 ulas bwg kecil
1 ulas bwg putih
1/2 biji bwg besar (hiris kasar2, bulat2)
Ikan bilis (agak2 la..kalau suke banyak, amek banyak)
Garam secukupnya

Cara penyediaan :
1. Goreng dahulu kentang yang siap dihiris sehingga garing. Klau suke kentang lembik, kejap jek la goreng. Angkat dan toskan.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
3. Bawang kecil, bawang putih dan cili api ditumbuk kasar sebelum ditumis dalam kuali yang dipanaskan minyam. Goreng sampai renyah.
4. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam kuali dan stir.
5. Selepas itu masukkan telur dan garam.
6. Bila telur separuh masak, masukkan bwg besar yang dipotong kasar td.
7. Kacau sehingga masak sepenuhnya.
8. Sedia untuk dimakan.

Senang jek kan?
Boleh jadi lauk tambahan.
Boleh jugak tukar menu selain daripada kentang.
Contohnya terung, kacang botor & peria.
Nyum nyum 
Sedap

No comments:

Post a Comment